Friday 27 September 2013

STPM Berasaskan Sistem Universiti

Pelaksanaan STPM telah dilaksanakan bermula dari tahun 1982 yang menggantikan Higher School Certificate (HSC) sehingga hari ini. Namun selaras dengan Program Trasformasi Pendidikan, Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah memperkenalkan pelaksanaan sistem penaksiran yang berorentasikan pelaksanaan sistem universiti. Pelaksanaan sistem penaksiran baharu STPM ini merupakan cetusan idea oleh mantan Ketua Eksekutif MPM, Tuan Haji Omar bin Abu Bakar (2005-2011).

Pencetusan idea yang dibawa oleh mantan Ketua Eksekutif MPM ini akan dilaksanakan dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bermula sesi pengambilan 2012/2013. Pada tahun 2012 sistem peperiksaan STPM telah dijalankan dalam dua mod. Mod pertama islah sistem peperiksaan STPM sedi ada bagi pelajar yang sedang mengikuti tingkatan enam atas pada tahun 2012. Pelajar ini merupakan kohort terakhir yang akan menamatkan sistem peperiksaan STPM sedia ada. Manakala mod kedua pila merupakan pelajar tingkatan enam bawah pada tahun 2012. Mereka merupakan kumpulan pertama bagi sistem penaksiran baharu STPM yang akan menduduki peperiksaan penggal 1 persekolahan tingkatan enam pada November 2012.

Dari segi kandungan pengajian ianya telah dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum berdasarkan tajuk-tajuk yang bersesuaian dalam tempoh tiga penggal, iaitu Penggal 1, Penggal 2 dan Penggal 3 yang melibatkan tempoh pengajian selama 1½ tahun. Penilaian pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan juga akan dikeluarkan pada setiap penggal, manakalah keputusan keseluruhan peperiksaan STPM adalah hasil gabungan keputusan yang terbaik bagi ketiga-tiga penggal.

Namun pengenalan dan peralihan sistem baharu ini banyak mendapat pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat pada hari ini. Terdapat sesetengah pihak melihat bahawa perubahan sistem pembelajaran berasaskan sistem penggal ini memberi kebaikan kepada pelajar dan juga terdapat segelintir masyarakat mempunyai pandangan yang sebaliknya.



KEBAIKAN

  1. Membentuk generasi yang berdaya saing
Sistem modular merupakan sebuah sistem yang memberikan impak dan cabaran yang besar kepada warga guru dan terutamanya pelajar-pelajar tingkatan enam. Penilaian berasaskan sekolah dan sistem penggal mampu membuka mata pelajar agar tidak mudah leka dan belajar secara sambil lewa sahaja kerana setiap penggal pelajar terpaksa menduduki peperiksaan berpusat oleh MPM. Oleh itu, mereka haruslah bersaing bersama-sama rakan seperjuangan yang lain untuk melayakkan diri memperoleh keputusan yang cemerlang.

  1. Berpeluang membaiki keputusan peperiksaan
Pengenalan kepada sistem ini juga mampu memberikan kelonggaran kepada pelajaar dalam usaha untuk memperbaiki keputusan peperiksaan mereka. Pelajar yang memperolehi keputusan yang kurang memberangsangkan boleh membaiki semula keputusan akhir Penggal 1 atau Penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan pada hujung Penggal 3. Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi Penggal 3 juga boleh menduduki semula peperiksaan akhir Penggal 3 selepas keputusan diumumkan.

  1. Mengurangkan bebanan pelajar
Selain itu, sistem ini juga mampu mengurangkan bebanan bagi pelajar untuk mempelajari kandungan kurikulum adalah kurang. Apabila tekanan terhadap kandungan pelajaran semakin menurun, mereka akan menjadi lebih fokus dalam menjalani sesi pembelajaran yang diajarkan oleh guru-guru. Sistem petaksiran baharu ini memerlukan pelajar untuk menfokuskan pelajaran mereka terhadap bab-bab tertentu yang diajarkan mengikut penggal dan apabila memasuki penggal baru mereka tidak perlu membebankan diri untuk mengingati kembali pelajaran semasa berada di Penggal 1. Pelajar juga mempunyai peluang yang besar untuk memperoleh pencapaian yang lebih baik bagi setiap penggal kerana skop pengajian yang dinilai setiap penggal adalah kecil.


KEBURUKAN

1.      Bebanan tugas yang tinggi kepada pelajar

Melalui sistem ini kaedah pentaksiran terbahagi keada dua bahagian iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan pentaksiran peperiksaan akhir berpusat. PBS merupakan kerja kursus yang terdiri daripada kerja amali, kerja lapangan dan kerja projek. Pengenalan kepada sistem ini mampu membebankan pelajar dengan tugasan-tugasan yang disediakn oleh MPM mengikut keperluan mata pelajaran. Mereka wajib melaksanakan tugasan yang diberikan kerana ianya membawa pemberat markah dengan wajaran 20% hingga 40%. Walaupun bebenan terhadap kandungan kurikulum adalah rendah tetapi mereka turut dibebankan dengan pelaksanaan tugasan yang telah ditetapkan.

2.      Pembayaran tambahan

Pengenalan sistem ini mampu menggalakkan pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mengelakkan mereka gagal dalam sesebuah subjek. Sekiranya pelajar tingkatan enam ini gagal atau tidak lulus dalam sesebuah subjek, mereka akan diwajibkan untuk mengulang kembali subjek yang gagal dan pembayaran sebanyak RM50 akan dikenakan bagi satu-satu subjek yang gagal. Sebagai contoh, jika terdapat satu subjek yang gaga dalam Penggal 1, tetapi mendapat gred yang baik dalam Penggal 2 dan 3, secara tidak langsung keadaan ini akan memberikan kesan atau menjejaskan markah keseluruhan pelajar. Oleh sebab itulah mereka diharuskan untuk mengulangi subjek tersebut dengan ditambah bayaran sebanyak RM50 bagi setiap satu subjek yang gagal.

KESIMPULAN



Pelaksanaan sistem ini diharapkan dapat mengangkat martabat dan memperkasakan pengajian peringkat prauniversiti di tingkatan enam supaya lebih berkualiti. Dengan pelaksanaan sistem ini mampu membolehkan pelajar menyesuaikan diri kepada sistem pengajian tinggi di Institusi Tinggi (IPT) terutama dari segi membina kemahiran mengurus diri secara berdikari. Sistem pentaksiran yang mesra pelajar ini dihasratkan dapat memberi peluang kepada pelajar untuk memperbaiki dan meningkatkan keputusan akademik mereka bagi melayakkan diri ke IPT dan membuka luas peluang pendidikan kepada semua warga Malaysia yang berpotensi.

terima kasih sebab sudi membaca..:)

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
terima kasih kerana meningalkan komen anda di entry saya ^_^
insyallah..komen-II anda akan di layan :)