Monday, 16 December 2013

4% kuasai BI melalui PPSMI



Kajian mendapati dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) hanya berjaya meningkatkan empat peratus penguasaan bahasa asing itu, dan sebaliknya mengurangkan minat untuk mempelajari dua subjek tersebut.

"PPSMI hanya mampu menyumbang pada tahap paling minimum, iaitu kurang empat peratus kepada peningkatan pencapaian Bahasa Inggeris secara keseluruhannya," laporan bertajuk 'Tahap Kompetensi Guru dalam PPSMI serta Implikasinya terhadap Pembangunan Modal Insan Murid' dipetik.

Menurut kajian 53 pakar bahasa itu, dasar kontroversi tersebut juga "menimbulkan kerugian berganda kepada kepada murid, terutama kepada 75 peratus murid yang tergolong dalam kategori (pencapaian) sederhana dan lemah dalam tiga mata pelajaran terbabit, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"PPSMI telah dan akan membunuh minat, semangat dan keghairahan murid-murid untuk belajar Sains dan Matematik sejak di peringkat sekolah rendah lagi."

Kajian yang melibatkan tujuh universiti awam itu dijalankan antara Jun hingga Disember tahun lalu oleh Permuafakatan Badan Ilmiah Nasional (Pembina).

Universiti terlibat termasuklah Universiti Putra Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Perguruan Sultan Idris, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Mara.

Kajian merumuskan PPSMI harus ditamatkan dan mengembalikan sistem pengajaran sebelum dasar itu diperkenalkan pada 2003.

"Dari segi perkiraan analisis kos-faedah dalam konteks pelaburan jangka panjang, amalan PPSMI tidak menguntungkan, sebaliknya membantut tahap kecerdasan murid serta merugikan generasi akan datang.

"Dengan ini, disarankan supaya dasar PPSMI diberhentikan," laporan eksekutif setebal sepuluh halaman itu dipetik.

Menurut kajian, analisis keputusan peperiksaan terhadap 5,595 sampel pelajar tahun lima daripada 56 sekolah kebangsaan mendapati pencapaian pelajar makin merosot dan merudum mendadak apabila berpindah ke tahun enam.

Kajian menjelaskan, kemerosotan berlaku akibat kegagalan pelajar memahami konsep sains dan matematik kerana tidak mampu berinteraksi dengan guru atau murid lain menggunakan bahasa Inggeris.

Pola yang sama didakwa turut ditemui daripada kajian Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Daerah dan sekolah tertentu.

Pengerusi eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin yang menaungi kajian itu mengesahkan kajian tersebut kepada Malaysiakini hari ini.

Laporan eksekutif kajian itu diedarkan buat pertama kali kepada umum semalam di hujung Kongres Kebudayaan Melayu Kedua anjuran Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (Gapena), Persatuan Sejarah Malaysia, Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di ibu negara.

Kongres itu turut meluluskan resolusi yang membawa akibat pemansuhan PPSMI apabila mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah hingga universiti.

Hasil kajian yang sama pernah dibentangkan dalam mesyuarat meja bulat membahaskan dasar tersebut anjuran Kementerian Pelajaran tahun lepas.

Menjelaskan latar belakang kajian, Abdul Raof berkata, walapun pakar bahasa yang terlibat hanya diberikan saguhati minimum, namun kajian tujuh bulan itu tetap melibatkan kos besar kira-kira RM470,000.

Beliau berharap kajian itu mampu memberikan gambaran sebenar pelaksanaan PPSMI kerana, sampelnya besar dan luas, melibatkan 15,089 orang daripada pelbagai jenis dan aliran sekolah dari pelbagai kawasan perbandaran seluruh negara.

Seramai 553 guru – termasuk pengetua, guru besar dan penolong kanan sekolah – turut dipilih sebagai sampel.

Abdul Rauf menegaskan, kajian itu dilakukan secara bebas dan tidak dibuat berdasarkan kepentingan tertentu. 

terima kasih sebab sudi membaca..:)

Kewajaran Penghapusan PMR dan Cadangan Penialaian

Pemansuhan PMR: Kewajaran Penghapusannya Dan Cadangan Penilaian
(SUMBER HERMAN SAMSUDEEN)





' Dengan ketiadaan PMR, isu pelajar ‘gagal’ tidak akan timbul' – Masdir Hussien,52

' PMR tidak sesuai untuk dijadikan penanda ukur kebolehan seorang pelajar dan pemansuhan itu merupakan satu penstrukturan baru dalam sistem pelajaran di negara ini' – Pengerusi PIBG,Mohd Khairil Abdullah,40

'Jika ini berlaku,negara akan menghadapi tekanan ramai pelajar menamatkan persekolahan di peringkat awal' – Idris Mohd Tahir,60

'Kerajaan telah meneliti satu kaedah terbaik dalam proses penambahbaikan sistem pelajaran di negara ini,dengan memansuhkan dua kekangan besar terhadap pelajar dan ibubapa'-Harry Gitik,47



terima kasih sebab sudi membaca..:)

Ubah Sukatan Pelajaran



Dalam penarafan tersebut Malaysia berada di belakang Singapura, Vietnam, dan Thailand dengan mata yang diperolehi bagi matematik sebanyak 421 mata, 398 mata bagi membaca, dan 420 mata bagi sains.

Purata mata bagi ketiga-tiga aspek yang dinilai itu adalah 494 (matematik), 496 (membaca) dan 501 (sains).

Menurut Rafizi, beliau menerima penjelasan rasmi Kementerian Pendidikan yang menggariskan sebab kecorotan itu.

Alasan diberikan adalah sikap murid yang menganggap penilaian itu tidak serius, format soalan teks panjang yang memerlukan pemahaman, terjemahan dan refleksi dengan kehidupan sebenar dan keutamaan guru untuk menghabiskan sukatan pelajaran berbanding menerapkan pemahaman konsep kepada pelajar.

"Kelemahan-kelemahan ini tidak boleh disalahkan kepada guru atau murid kerana mereka adalah sebahagian dari budaya pendidikan yang dibentuk melalui dasar-dasar yang mementingkan keputusan peperiksaan semata-mata, tidak memberi ruang kepada percambahan fikiran yang berbeza dan sistem imbuhan atau naik pangkat yang membuka ruang kepada budaya membodek," katanya.

Justeru beliau menggesa agar sukatan mata pelajaran diubah bagi memberi penekanan kepada pemahaman konsep serta menggantung sistem Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) bagi meneliti masalah-masalah sistem pendidikan.
terima kasih sebab sudi membaca..:)