Monday 16 December 2013

Sistem Pendidikan Malaysia di tangga kedua tercorot

Sistem pendidikan Malaysia kini menduduki tangga kedua terkebelakang di kalangan negara-negara Asia Tenggara menurut penarafan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA), kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurutnya, kedudukan Malaysia yang corot di belakang Vietnam tidak dapat diterima kerana negara itu pernah melalui zaman perang dan ekonominya jauh lebih mundur berbanding Malaysia.

NONE"Bukan sahaja Malaysia jauh ketinggalan dengan Singapura yang menduduki tangga kedua pencapaian di seluruh dunia, kini kita dikejutkan dengan peningkatan mendadak sekolah-sekolah di Vietnam yang mengatasi prestasi sekolah-sekolah di negara maju dan Eropah.

"Dalam tahun 2012, Vietnam berjaya memasuki tangga 10 negara teratas dalam mata pelajaran sains dengan menduduki tangga 8 mengatasi Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah lain," kata Rafizi (gambar atas, kedudukan tengah) dalam kenyataannya.

Menurut Rafizi, PISA adalah sebuah program penarafan mutu pendidikan di sekolah-sekolah yang dikendalikan oleh Pertubuhan Pembangunan dan Kerjasama Ekonomi (OECD) bagi pelajar-pelajar 15 tahun yang melibatkan negara-negara dari seluruh dunia.

Ia menguji kemampuan dan penguasaan pelajar dalam tiga bidang utama iaitu membaca, matematik dan sains.
terima kasih sebab sudi membaca..:)

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
terima kasih kerana meningalkan komen anda di entry saya ^_^
insyallah..komen-II anda akan di layan :)