Pengenalan
Pelaksanaan
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah
termaktub sebagai dasar kerajaan hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19
Julai 2002 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Bin Mohamad selaku Perdana
Menteri Malaysia keempat ketika itu. Perlaksanaan program PPSMI ini telah
dilaksanakan secara berperingkat bermula pada sesi persekolahan tahun 2003
dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk semua peringkat sekolah
rendah manakala Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah
Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI bagi peringkat sekolah menengah telah
dijalankan pada tahun 2007 manakala sekolah rendah pula pada tahun 2008. Pelaksanaan PPSMI adalah
untuk membangunkan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju yang
dapat bersaing dalam era globalisasi.
Namun
begitu, PPSMI adalah satu dasar yang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan
kaum lain dengan serius. Terdapat beberapa isu besar yang sering dikemukakan terhadap
perlaksanaan dasar ini. Pertama, dasar ini ditentang kerana melanggar Perkara
152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedua, tujuan memandaikan rakyat melalui
sebuah bahasa asing adalah bertentangan dengan teori pembelajaran (Profesor
Emeritus Dr. Abdullah Hassan, 2009). Kita belajar dengan berkesan melalui
bahasa ibunda. Proses pembelajaran melalui bahasa ibunda sekarang sudah
terbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum jam ke belakang. Ketiga,
banyak kesan negatif penggunaan Bahasa Inggeris ini kepada hasrat negara bagi
membina bangsa Malaysia. Seterusnya, tujuan meningkatkan penguasaan Bahasa
Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik adalah sesuatu
yang tidak dapat diterima dari segi pembelajaran bahasa.
Pengajaran
dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama
rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris
menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains
dan Matematik disemua peringkat di sekolah. Dasar PPSMI telah dilaksanakan di
bawah pentadbiran Tun Dr.Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia
pada tahun 2003. Sejak dasar ini diperkenalkan banyak perdebatan mengenainya
telah tercetus, sehinggalah, pada 8 Julai 2009 satu langkah berani telah
dimabil dimana dasar ini akan
dimansuhkan sepenuhnya seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang
merangkap Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya pada sesi
persekolahan 2012 dasar ini dihapuskan sepenuhnya dengan pelaksanaan dasar
Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).
Objektif
Umum
mengetahui bahawa Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan
berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Justeru itu,
rasional peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan
Matematik daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan kerajaan
terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan
persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi.Justeru itu pengenalan dasar PPSMI merupakan satu bentuk
pengkomersilan pendidikan menerusi bahasa sebagai medium utama (Dr. Ragbir Kaur
Joginder Singh,2012). Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini
berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang
ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris.
Selain itu, Bahasa Inggeris adalah
bahasa perhubungan antarabangsa dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris yang baik
akan memudahkan perolehan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya Sains dan
Matematik. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr. Mahathir berpendapat bahawa
Bahasa Malaysia makin jauh ketinggalan dalam era globalisasi. Melalui
pengenalan dasar ini beliau berharap ia mampu memberi kelebihan kompetitif
kepada negara dan seterusnya dapat berdaya saing di peringkat duniadengan mencontohi kejayaan Singapura dan
India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.
Kebaikan atau Sebab
PPSMI Diperkenalkan
i.
Jaminan
masa hadapan
Ø Biarpun
ramai yang meningatkan PPSMI mendatangkan keburukan kepada para pelajar.Namum
demikian PPSMI tetep mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Melalui PPSMI
pelajar akan menjadi lebih bersedia untuk masa akan hadapan kelak.Ini kerana
mereka tidak akan merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih
tinggi dan juga alam pekerjaan. Pengetahuan bahasa inggeris diberi keutamaan
kepada pemilihan pekerja pada masa kini.
ii.
Kepentingan
bahasa Inggeris
Ø Selain
itu juga,PPSMI bertujuan mengajar rakyat Malaysia tentang kepentingan bahasa Inggeris
pada era globalisasi kini sekaligus akan menyenangkan pemahaman dan mengelakkan
salah faham dalam kebanyakkan istilah sains dan matematik yang diguna pakai
untuk pembelajaran kini.Dengan adanya PPSMI, pelajar dapat mempelajari
matematik,sains dan bahasa Inggeris pada tahap yang lebih tinggi.
Ø Bahasa
Inggeris juga adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa
ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.
Diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara,
mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana
kebiasaan dengan bahasa Inggeris (wikipedia.com)
iii.
Kepentingan
kepada Negara
Ø Melalui
PPSMI juga, Negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga-tiga
matapelajaran iaitu matematik,sains dan juga bahasa inggeris,ini sekali gus
melahirkan pelajar yang berdaya saing yang tinggi. Malah, PPSMI juga memudahkan
rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam sains dan matematik melalui
adanya bahasa Inggeris.Bagi mereka yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris,prestasi
pelajaran mereka akan meningkat bagi dalam subjek yang diajar bahasa inggeris.
iv.
Kepentingan
kepada modal kerja
Ø PPSMI
juga dapat melahirkan para pekerja yang berwibawa pada masa akan datang kerana
adanya pengetahuan yang mereka miliki tinggi setanding dengan pekerja luar
Negara. Pada masa kini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak
digunakan diperingkat global. Penguasaan Bahasa Inggeris diperingkat sekolah
diberikan penekanan hanya dilaksanakan tertumpu untuk pelajaran matematik dan
sains. Kegagalan menguasai bahasa yang
paling penting digunakan dalam teknologi dan kommersial ini akan merugikan
negara.Tanpa penguasaan baik Bahasa Inggeris dari skop sains dan matematik
peringkat sekolah lagi, dijangkakan akan menjadi masalah apabila pelajar cuba
menguasai diperingkat pendidikan lanjutan, termasuk universiti. Oleh itu kita
jangan mudah pandang remeh hal ini kerana PPSMI juga mempunyai kebaikan biarpun
ramai yang menyangka ia mendatangkan keburukan.
Ø Pasca
peringkat universiti, pelajar yang mencari pekerjaan, terutama dalam sektor
syarikat multinational (MNC) menampakan kesukaran. Ini kerana kemampuan dan penguasaan
mereka untuk berkommunikasi dan mengapplikasi pengetahuan semasa universiti
amat terbatas, terutama sebilangan bahan rujukan utama adalah dalam Bahasa
Inggeris. Atas dasar keprihatinan
kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara
maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era
globalisasi..
Kelemahan PPSMI
Apabila
diumumkan PPSMI dimansuhkan mulai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri
memerangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin, terdapat persetujuan
dari pelbagai pihak yang menyatakan bahawa PPSMI telah mendapat banyak kelemahan
terhadap pelajar, malahan, mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science
Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga
21 daripada tangga ke-20 pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik,
kedudukan murid telah daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20
pada tahun 2007.
i.
Kesan
kepada bilangan guru
Ø Pihak
tenaga pengajar juga akan turut terkena tempias terhadap pelaksanaan PPSMI ini.
Berdasarkan pencapaian pelajar yang merundum jatuh,khususnya di kawasan
pedalaman adalah disebabkan faktor guru yang mengajar mereka. Hal ini terbukti
apabila kajian yang dibuat memberikan
jawapan bahawa guru mengajar pelajar dengan menggunakan bahasa yang
bercampur. Ini membawa maksud guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru
yang mahir berbahasa Inggeris dan dikhuatiri timbul keadaan ‘yang dikejar tidak
dapat, yang dikendong berciciran’ kerana pelaksanaannya yang terlalu drastik
telah menyebabkan guru-guru terpaksa mempersiapkan diri dalam sekelip mata bagi
memastikan hasrat kerajaan tercapai. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan
kuantiti pelajar yang cemerlang hanya sekadar cukup makan kerana pengajaran dan
pembelajaran yang dibuat oleh guru adalah tergesa-gesa.
ii.
Jurang
perbezaan pelajar
Ø Penguasaan
Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutamanya di luar bandar masih rendah
menyebabkan mereka suakr memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa
Inggeris. Hal ini kerana, menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung
Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang
menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari
kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga
berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa
ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping
menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan
waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.
iii.
Kesan
kepada Bahasa Melayu
Ø Pelaksanaan
PPSMI juga memberikan kesan kepada bahasa Melayu yang dahulunya berfungsi
sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kini telah diabaikan, malah, bahahsa
Inggeris pula bermain di mulut pelajar dan juga tenaga pengajar. Bahasa Melayu
yang sebelum initerkenal dengan kata-kata “bahasa melambangkan bangsa” sudah
tidak wujud semenjak PPSMI dilaksanakan. Seharusnya kita mengambil pengajaran
dari negara-negara lain yang mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa utama
dan hal ini terbukti apabila Negara seperti Rusia dan Jepun telah muncul
sebagai satu kuasa besar tanpa mengabaikan bahasa mereka. Pelaksanaan PPSMI ini
ternyata telah mengenepikan segala usaha yang dibuat untuk menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi bagi mendidik anak bangsa
khususnya Melayu dan juga warganegara lain.
iv.
Kesan
kepada sekolah kebangsaan
Ø PPSMI
juga memberi kesan kepada sekolah kebangsaan.Kedudukan bahasa Inggeris yang
kini semakin menapak di negara kita telah menyebabkan wujud pelbagai jenis
sekoalh yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Penggunaan
bahasa ini lebih dominan dari segi perundangan dan pentadbiran khususnya,
berbanding dengan bahasa Melayu samaada dari aspek penulisan mahupun lisan. Hal
sebegini menyebabkan ibu bapa berkejar-kejar untuk menghantar anak mereka ke sekolah
Inggeris termasuklah anak-anak menteri sendiri supaya anak-anak mereka lebih berpengetahuan luas dalam bahasa
Inggeris. (Persatuan Linguistik Malaysia : 2002)
v.
Kesan
kepada kualiti peperiksaan
Ø Pelaksanaan
PPSMI juga turut mempengaruhi kualiti peperiksaan pelajar. Berdasarkan kepada
keputusan sebelum ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahsa penghantar,
prestasi yang diperoleh pelajar agak memberangsangkan. Namun, terdapat juga
yang sekadar cukup makan. Hal ini akan menjadi rumit apabila secara drastiknya,
bahsa Inggeris kini mengambil alih sebagai bahasa yang digunakan dalam
penyediaan kertas soalan. Kebanyakkan
pelajar tidak memahami soalan kerana perlu memahami bahasa Inggeris untuk
menghasilkan jawapan.
vi.
Kesan
kepada pelajar
Ø Berdasarkan
kepada pelaksanaan PPSMI pihak yang yang paling kuat menerima tempiasnya ialah
pelajar. Banyak pihak berpendapat bahawa PPSMI ini wajar dilanjutkan jika
berdasarkan kepada pencapaian pelajar semakin meningkat. Memang dapat diakui
sekiranya pelajar tinggal di bandar keputusan mereka meningkat kerana kemudahan
yang lengkap dan juga mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti. Sebaliknya,
bukan salah pelajar yang tinggal di luar bandar jika pencapaian mereka merosot
kerana infrastruktur yang mereka
perolehi berlainan dengan pelajar yang tinggal di bandar. Sistem ini membawa
banyak masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar bandar dan
juga kekurangan guru yang mahir untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa
Inggeris. (Dr. Mohamad Khir Toyo, Julai 2009)
Kesimpulan
Kesimpulannya,
pelaksanaan PPSMI telah membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat.
Pelajar boleh belajar Bahasa Inggeris melalui PPSMI dari peringkat awal
persekolahan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi ini. Namun, terdapat
sesetengah masyarakat yang membantah pelaksanaan PPSMI kerana menganggap ia
membawa kesan yang negatif di peringkat sekolah rendah seperti keciciran dalam
mata pelajaran terbabit yang disebabkan oleh kelemahan dalam menguasai bahasa
Inggeris. Akhirnya, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan
dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah kajian mendalam dilakukan.
Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa
Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dimulakan pada tahun 2011
bagi murid tahun 1 sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan
pembelajaran mata pelajaran bahasa-bahasa. Tujuan dasar ini dilakukan adalah
sebagai serampang dua mata kerana selain untuk memartabatkan bahasa kebangsaan,
kerajaan juga tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan bahsa Inggeris
yang menjadi bahasa antarabangsa.
The Star Tuesday 5 April 2011
New Straits Times Thursday 10 NOV 2011
terima kasih sebab sudi membaca..:)