Friday 27 September 2013

Dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)


Pengenalan

Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) telah termaktub sebagai dasar kerajaan hasil Mesyuarat Khas Jemaah Menteri pada 19 Julai 2002 di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Bin Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia keempat ketika itu. Perlaksanaan program PPSMI ini telah dilaksanakan secara berperingkat bermula pada sesi persekolahan tahun 2003 dengan perintisnya ialah semua murid Tahun 1 untuk semua peringkat sekolah rendah manakala Tingkatan 1 serta Tingkatan 6 Rendah untuk peringkat Sekolah Menengah. Pelaksanaan penuh PPSMI bagi peringkat sekolah menengah telah dijalankan pada tahun 2007 manakala sekolah rendah pula  pada tahun 2008. Pelaksanaan PPSMI adalah untuk membangunkan sumber tenaga manusia bagi mencapai taraf negara maju yang dapat bersaing dalam era globalisasi.
Namun begitu, PPSMI adalah satu dasar yang dipersoalkan oleh ramai intelek Melayu dan kaum lain dengan serius. Terdapat beberapa isu besar yang sering dikemukakan terhadap perlaksanaan dasar ini. Pertama, dasar ini ditentang kerana melanggar Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Kedua, tujuan memandaikan rakyat melalui sebuah bahasa asing adalah bertentangan dengan teori pembelajaran (Profesor Emeritus Dr. Abdullah Hassan, 2009). Kita belajar dengan berkesan melalui bahasa ibunda. Proses pembelajaran melalui bahasa ibunda sekarang sudah terbukti berjaya, dan dasar PPSMI ini memutar jarum jam ke belakang. Ketiga, banyak kesan negatif penggunaan Bahasa Inggeris ini kepada hasrat negara bagi membina bangsa Malaysia. Seterusnya, tujuan meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris melalui pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik adalah sesuatu yang tidak dapat diterima dari segi pembelajaran bahasa.
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ialah nama rasmi bagi satu dasar pendidikan Malaysia yang menetapkan Bahasa Inggeris menggantikan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perantara mata pelajaran Sains dan Matematik disemua peringkat di sekolah. Dasar PPSMI telah dilaksanakan di bawah pentadbiran Tun Dr.Mahathir bin Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada tahun 2003. Sejak dasar ini diperkenalkan banyak perdebatan mengenainya telah tercetus, sehinggalah, pada 8 Julai 2009 satu langkah berani telah dimabil dimana  dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya seperti diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang merangkap Menteri Pelajaran iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya pada sesi persekolahan 2012 dasar ini dihapuskan sepenuhnya dengan pelaksanaan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia dan Memperkukuhkan Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Objektif

Umum mengetahui bahawa Sains dan Matematik adalah bidang yang menjadi asas dan berperanan penting dalam kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Justeru itu, rasional peralihan bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik daripada Bahasa Malaysia ke Bahasa Inggeris  adalah atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi.Justeru itu pengenalan dasar PPSMI merupakan satu bentuk pengkomersilan pendidikan menerusi bahasa sebagai medium utama (Dr. Ragbir Kaur Joginder Singh,2012). Pelbagai inovasi dan penemuan baru dalam bidang ini berlaku dengan pantas dan capaian maklumat mengenai perkembangan dalam bidang ini banyak terdapat dalam Bahasa Inggeris.
            Selain itu, Bahasa Inggeris adalah bahasa perhubungan antarabangsa dan penguasaan dalam Bahasa Inggeris yang baik akan memudahkan perolehan ilmu dalam pelbagai bidang terutamanya Sains dan Matematik. Ketika mencadangkan dasar ini, Tun Dr. Mahathir berpendapat bahawa Bahasa Malaysia makin jauh ketinggalan dalam era globalisasi. Melalui pengenalan dasar ini beliau berharap ia mampu memberi kelebihan kompetitif kepada negara dan seterusnya dapat berdaya saing di peringkat duniadengan mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris.

Kebaikan atau Sebab PPSMI Diperkenalkan
i.            Jaminan masa hadapan
Ø  Biarpun ramai yang meningatkan PPSMI mendatangkan keburukan kepada para pelajar.Namum demikian PPSMI tetep mempunyai kelebihannya yang tersendiri.Melalui PPSMI pelajar akan menjadi lebih bersedia untuk masa akan hadapan kelak.Ini kerana mereka tidak akan merasa gementar untuk menempuhi alam pengajian yang lebih tinggi dan juga alam pekerjaan. Pengetahuan bahasa inggeris diberi keutamaan kepada pemilihan pekerja pada masa kini.


ii.            Kepentingan bahasa Inggeris
Ø  Selain itu juga,PPSMI bertujuan mengajar rakyat Malaysia tentang kepentingan bahasa Inggeris pada era globalisasi kini sekaligus akan menyenangkan pemahaman dan mengelakkan salah faham dalam kebanyakkan istilah sains dan matematik yang diguna pakai untuk pembelajaran kini.Dengan adanya PPSMI, pelajar dapat mempelajari matematik,sains dan bahasa Inggeris pada tahap yang lebih tinggi.
Ø  Bahasa Inggeris juga adalah bahasa hubungan antarabangsa dan penguasaan dalam bahasa ini memudahkan perolehan ilmu dalam bidang ini.  Diharapkan dasar ini memberi kelebihan kompetitif kepada negara, mencontohi kejayaan Singapura dan India yang semakin melangkah ke depan kerana kebiasaan dengan bahasa Inggeris (wikipedia.com)

iii.            Kepentingan kepada Negara
Ø  Melalui PPSMI juga, Negara telah melahirkan ramai cerdik pandai dalam ketiga-tiga matapelajaran iaitu matematik,sains dan juga bahasa inggeris,ini sekali gus melahirkan pelajar yang berdaya saing yang tinggi. Malah, PPSMI juga memudahkan rakyat mencapai pengetahuan yang bernilai dalam sains dan matematik melalui adanya bahasa Inggeris.Bagi mereka yang mempunyai penguasaan bahasa Inggeris,prestasi pelajaran mereka akan meningkat bagi dalam subjek yang diajar bahasa inggeris.

iv.            Kepentingan kepada modal kerja
Ø  PPSMI juga dapat melahirkan para pekerja yang berwibawa pada masa akan datang kerana adanya pengetahuan yang mereka miliki tinggi setanding dengan pekerja luar Negara. Pada masa kini, Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling banyak digunakan diperingkat global. Penguasaan Bahasa Inggeris diperingkat sekolah diberikan penekanan hanya dilaksanakan tertumpu untuk pelajaran matematik dan sains.  Kegagalan menguasai bahasa yang paling penting digunakan dalam teknologi dan kommersial ini akan merugikan negara.Tanpa penguasaan baik Bahasa Inggeris dari skop sains dan matematik peringkat sekolah lagi, dijangkakan akan menjadi masalah apabila pelajar cuba menguasai diperingkat pendidikan lanjutan, termasuk universiti. Oleh itu kita jangan mudah pandang remeh hal ini kerana PPSMI juga mempunyai kebaikan biarpun ramai yang menyangka ia mendatangkan keburukan.
Ø  Pasca peringkat universiti, pelajar yang mencari pekerjaan, terutama dalam sektor syarikat multinational (MNC) menampakan kesukaran. Ini kerana kemampuan dan penguasaan mereka untuk berkommunikasi dan mengapplikasi pengetahuan semasa universiti amat terbatas, terutama sebilangan bahan rujukan utama adalah dalam Bahasa Inggeris.  Atas dasar keprihatinan kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi..

Kelemahan PPSMI

Apabila diumumkan PPSMI dimansuhkan mulai 2012 oleh Timbalan Perdana Menteri memerangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyidin Yasin, terdapat persetujuan dari pelbagai pihak yang menyatakan bahawa PPSMI telah mendapat banyak kelemahan terhadap pelajar, malahan, mengikut Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan, kedudukan murid Malaysia dalam Sains merosot ke tangga 21 daripada tangga ke-20 pada tahun 2003. Bagi mata pelajaran Matematik, kedudukan murid telah daripada tangga ke-10 pada tahun 2003 ke tangga ke-20 pada tahun 2007.
i.            Kesan kepada bilangan guru
Ø  Pihak tenaga pengajar juga akan turut terkena tempias terhadap pelaksanaan PPSMI ini. Berdasarkan pencapaian pelajar yang merundum jatuh,khususnya di kawasan pedalaman adalah disebabkan faktor guru yang mengajar mereka. Hal ini terbukti apabila kajian yang dibuat memberikan  jawapan bahawa guru mengajar pelajar dengan menggunakan bahasa yang bercampur. Ini membawa maksud guru Matematik dan Sains tidak semestinya guru yang mahir berbahasa Inggeris dan dikhuatiri timbul keadaan ‘yang dikejar tidak dapat, yang dikendong berciciran’ kerana pelaksanaannya yang terlalu drastik telah menyebabkan guru-guru terpaksa mempersiapkan diri dalam sekelip mata bagi memastikan hasrat kerajaan tercapai. Hal ini akan menyebabkan kualiti dan kuantiti pelajar yang cemerlang hanya sekadar cukup makan kerana pengajaran dan pembelajaran yang dibuat oleh guru adalah tergesa-gesa.

ii.            Jurang perbezaan pelajar
Ø  Penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar terutamanya di luar bandar masih rendah menyebabkan mereka suakr memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris. Hal ini kerana, menurut Presiden Kesatuan Guru-guru Semenanjung Malaysia, Mohd Sabri Mohd Arshad, "sebanyak 31.1 peratus murid-murid yang menguasai pembelajaran itu khususnya subjek sains ataupun matematik adalah dari kalangan mereka yang tinggal di bandar dan mempunyai latar belakang keluarga berpendidikan. Mereka yang tinggal di luar bandar masih lagi menggunakan bahasa ibunda, maka memberi kesan kepada jurang perbezaan yang jauh," di samping menggesa kerajaan memperkasakan Bahasa Inggeris itu sendiri dengan menambahkan waktu pembelajaran selaras dengan subjek bahasa lain.

iii.            Kesan kepada Bahasa Melayu
Ø  Pelaksanaan PPSMI juga memberikan kesan kepada bahasa Melayu yang dahulunya berfungsi sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kini telah diabaikan, malah, bahahsa Inggeris pula bermain di mulut pelajar dan juga tenaga pengajar. Bahasa Melayu yang sebelum initerkenal dengan kata-kata “bahasa melambangkan bangsa” sudah tidak wujud semenjak PPSMI dilaksanakan. Seharusnya kita mengambil pengajaran dari negara-negara lain yang mempertahankan bahasa mereka sebagai bahasa utama dan hal ini terbukti apabila Negara seperti Rusia dan Jepun telah muncul sebagai satu kuasa besar tanpa mengabaikan bahasa mereka. Pelaksanaan PPSMI ini ternyata telah mengenepikan segala usaha yang dibuat untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang berkeupayaan tinggi bagi mendidik anak bangsa khususnya Melayu dan juga warganegara lain.

iv.            Kesan kepada sekolah kebangsaan
Ø  PPSMI juga memberi kesan kepada sekolah kebangsaan.Kedudukan bahasa Inggeris yang kini semakin menapak di negara kita telah menyebabkan wujud pelbagai jenis sekoalh yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Penggunaan bahasa ini lebih dominan dari segi perundangan dan pentadbiran khususnya, berbanding dengan bahasa Melayu samaada dari aspek penulisan mahupun lisan. Hal sebegini menyebabkan ibu bapa berkejar-kejar untuk menghantar anak mereka ke sekolah Inggeris termasuklah anak-anak menteri sendiri supaya anak-anak mereka  lebih berpengetahuan luas dalam bahasa Inggeris. (Persatuan Linguistik Malaysia : 2002)

v.            Kesan kepada kualiti peperiksaan
Ø  Pelaksanaan PPSMI juga turut mempengaruhi kualiti peperiksaan pelajar. Berdasarkan kepada keputusan sebelum ini yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahsa penghantar, prestasi yang diperoleh pelajar agak memberangsangkan. Namun, terdapat juga yang sekadar cukup makan. Hal ini akan menjadi rumit apabila secara drastiknya, bahsa Inggeris kini mengambil alih sebagai bahasa yang digunakan dalam penyediaan kertas soalan.  Kebanyakkan pelajar tidak memahami soalan kerana perlu memahami bahasa Inggeris untuk menghasilkan jawapan.

vi.            Kesan kepada pelajar
Ø  Berdasarkan kepada pelaksanaan PPSMI pihak yang yang paling kuat menerima tempiasnya ialah pelajar. Banyak pihak berpendapat bahawa PPSMI ini wajar dilanjutkan jika berdasarkan kepada pencapaian pelajar semakin meningkat. Memang dapat diakui sekiranya pelajar tinggal di bandar keputusan mereka meningkat kerana kemudahan yang lengkap dan juga mempunyai tenaga pengajar yang berkualiti. Sebaliknya, bukan salah pelajar yang tinggal di luar bandar jika pencapaian mereka merosot kerana infrastruktur  yang mereka perolehi berlainan dengan pelajar yang tinggal di bandar. Sistem ini membawa banyak masalah sehingga menjejaskan pencapaian anak-anak di luar bandar dan juga kekurangan guru yang mahir untuk mengajar sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. (Dr. Mohamad Khir Toyo, Julai 2009)

Kesimpulan


Kesimpulannya, pelaksanaan PPSMI telah membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Pelajar boleh belajar Bahasa Inggeris melalui PPSMI dari peringkat awal persekolahan supaya dapat bersaing dalam era globalisasi ini. Namun, terdapat sesetengah masyarakat yang membantah pelaksanaan PPSMI kerana menganggap ia membawa kesan yang negatif di peringkat sekolah rendah seperti keciciran dalam mata pelajaran terbabit yang disebabkan oleh kelemahan dalam menguasai bahasa Inggeris. Akhirnya, Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dasar PPSMI diberhentikan mulai tahun 2012 setelah kajian mendalam dilakukan. Sehubungan dengan itu, beliau memperkenalkan dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) yang dimulakan pada tahun 2011 bagi murid tahun 1 sebagai ganti PPSMI yang memberi tumpuan kepada peningkatan pembelajaran mata pelajaran bahasa-bahasa. Tujuan dasar ini dilakukan adalah sebagai serampang dua mata kerana selain untuk memartabatkan bahasa kebangsaan, kerajaan juga tidak meminggirkan aspek penguasaan dan pengukuhan bahsa Inggeris yang menjadi bahasa antarabangsa.
The Star Tuesday 5 April 2011
 New Straits Times Thursday 10 NOV 2011



terima kasih sebab sudi membaca..:)

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
terima kasih kerana meningalkan komen anda di entry saya ^_^
insyallah..komen-II anda akan di layan :)