Monday 23 September 2013

PEMANSUHAN PMR


Pada 20hb Jun 2010, Timbalan Perdana Menteri merangkap Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Bin Haji Yassin mengatakan Kementerian Pelajaran mungkin akan memansuhkan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Pengumuman ini menarik perhatian dan debat dari pelbagai lapisan masyarakat. Berdasarkan debat ini, terdapat pihak yang bersetuju dan ada juga pihak yang tidak bersetuju.
            Alasan beliau ialah jika peperiksaan awam ini dimansuhkan, ia akan membantu pelajar dan guru menuju ke arah pengajaran kreatif dan meningkatkan penyertaan pelajar-pelajar dalam pendidikan jasmani atau ko-kurikulum. Ia juga akan membantu kerajaan mengurangkan perbelanjaan, beban guru, tekanan dan beban ekonomi ibu bapa.
            Sebenarnya  pada tahun 2007, Jabatan Peperiksaan telah mengusulkan sistem pentaksiran pendidikan kebangsaan iaitu mencadangkan PMR dimansuhkan. Jabatan tersebut telah mencadangkan PMR dimansuhkan selepas tahun 2015 bertujuan untuk membetulkan mekanisme pendidikan kini yang terlalu mementingkan peperiksaan kerajaan.
            Terdapat pelbagai pandangan daripada lapisan masyarakat mengenai isu ini. Bagi pihak yang bersetuju, mereka berpendapat bahawa peperiksaan awam ini telah memberi banyak tekanan kepada para pelajar dan mereka tidak wajar dibebankan dengan peperiksaan. Manakala bagi pihak yang tidak bersetuju dengan isu ini, mereka beranggapan bahawa peperiksaan ini telah menghasilkan pelajar-pelajar yang bersikap realistik, bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dalam akademik dan berfikiran lebih kritis.

KEBAIKAN

1. Taraf produktiviti sekolah akan lebih meningkat
Seperti yang kita ketahui, setiap sekolah mempunyai objektif tersendiri iaitu ingin meningkatkan nama baik sekolah. Keadaan ini menyebabkan para guru khususnya yang mengajar pelajar tingkatan tiga akan mengalami tekanan kerana mereka perlu berusaha keras bagi memastikan sekolah masing-masing melahirkan pelajar yang pintar dan cemerlang. Jadi, apabila PMR dimasuhkan, secara tidak langsung para guru tidak akan mengalami tekanan dan pembelajaran akan berjalan dengan lebih ceria dan lancar. Tambahan lagi, ibu bapa juga tidak perlu risau sangat mengenai ehwal akademik anak-anak  mereka apabila tiadanya peperiksaan penting ini.

2. Mengurangkan tahap bebanan kewangan dan masalah keluarga.
Pada hari ini, kebanyakan pelajar yang bersekolah di kawasan bandar seperti Lembah Klang sudah pasti akan melibatkan diri dengan tuisyen. Hal ini kerana terdapat pelbagai perkhidmatan tuisyen yang terdapat di kawasan bandar seperti home tuisyen, pusat tuisyen, tuisyen online dan lain-lain. Tambahan lagi, kos buku dan nota-nota juga agak mahal sehingga boleh mencecah ratusan ringgit.  Keadaan ini akan menjadi beban kepada golongan yang berpendapatan rendah. Oleh demikian, apabila PMR dimasuhkan secara tidak langsung dapat mengurangkan bebanan ibu bapa.

3. Mengubah persepsi masyarakat Malaysia tentang dasar berorentasikan peperiksaan.
Kebanyakkan ibu bapa hanya menekankan subjek yang terdapat dalam peperiksaan sahaja. Subjek yang tidak ada kena mengena dengan peperiksaan akan dianggap membuang masa. Sebagai contoh, pada peringkat menengah, wujudnya subjek Sivik dan Kewarganegaraan yang mana merupakan subjek yang penting bagi para pelajar tetapi malangnya subjek ini tidak diserapkan ke dalam PMR. Jadi, para pelajar akan belajar sambil lewa untuk subjek ini. Walaupun pihak kerajaan telah mengeluarkan kos untuk mengeluarkan buku teks seperti Sivik dan PJK, tetapi para ibu bapa masih lagi tidak mempedulikannya kerana dianggap tidak penting. Oleh itu, apabila PMR dimasuhkan, ibu bapa akan mementingkan subjek-subjek tertentu sahaja.

KEBURUKAN

1. Hilang daya saing dan minat belajar
Jika peperiksaan ini dimansuhkan, secara tidak langsung para pelajar akan malas untuk mentelaah buku. Hal ini kerana bagi mereka tiada peperiksaan penting yang mereka harus tempuhi. Ibu bapa juga akan mengambil sikap sambil lewa dengan pembelajaran anak- anak mereka. Dalam sesebuah sekolah, keadaan asyik mentelaah buku ini hanya dapat dilihat dalam golongan pelajar  yang berada di kelas hadapan sahaja. Jadi, secara konklusinya, para pelajar yang berada di dalam kelas belakang tidak akan mempunyai minat untuk mengulangkaji pelajaran di tambah pula apabila PMR dimansuhkan. Keadaan ini akan memberi kesan negatif kepada sesetengah pelajar.

2. Menimbulkan persoalan mengenai kelayakan akademik menengah.
Tanpa peperiksaan penting seperti PMR, sudah tentu agak sukar bagi pelajar untuk menentukan bidang yang sesuai dengan kelayakan akademik mereka untuk memasuki ke tingkatan empat. Keadaan ini akan menyebabkan para pelajar memilih bidang dengan mengikuti rakannya sedangkan mereka tidak mampu untuk membawa bidang berkenaan. Tidak mustahil, tanpa peperiksaan PMR, seseorang pelajar yang kurang pintar akan boleh masuk ke aliran yang agak sukar seperti aliran sains semata-mata mengikut kawan. Hasilnya, akan lahir pelajar pasca-SPM yang akhirnya tidak diterima masuk ke IPTA.

KESIMPULAN



Secara kesimpulannya, terdapat kebaikan dan keburukan apabila PMR dimansuhkan. Pihak berkaitan tidak boleh mengambil keputusan terburu-buru apatah lagi dipengaruhi oleh tekanan dan unsur-unsur politik. Oleh demikian, pihak berkenaan haruslah melaksanakan keputusan yang tepat, telus dan bernas tanpa melibatkan sebarang pindaan pada masa akan datang. 
Utusan Malaysia Thursday 11 OCT 2012


terima kasih sebab sudi membaca..:)

No comments:

Post a Comment

assalamualaikum..
terima kasih kerana meningalkan komen anda di entry saya ^_^
insyallah..komen-II anda akan di layan :)